Peraturan

PERATURAN PERPUSTAKAAN

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki PSS.

2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.

3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS.

4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.

5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.

6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.

7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.

8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar PSS di tempat yang disediakan.


PERATURAN PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN

1. Buku bertanda merah – buku rujukan. Tidak dibenarkan pinjam.

2. Buku bertanda hijau (BC),  kuning (BM) dan merah jambu (BI)- 
   Dibenarkan dipinjam selama 14 hari.

3. Majalah– rujukan dalam PSS sahaja dan tidak boleh dibawa keluar .

4. Kad Keahlian tidak boleh dipindah hak milik.

5. Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.

6. Sila beratur semasa melakukan proses peminjaman dan pemulangan pastikan dalam keadaan senyap.

7. Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari tarikh pulang. Jika lewat, tindakan akan diambil.

8. Murid akan didenda sebanyak RM 0.10 sehari jika lewat memulangkan bahan yang dipinjam.