Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka
sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan
teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi
mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar
Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh
dimanfaatkan.
Ciri pembelajaran abad ke 21
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau
pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras
pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif
dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas
bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan
menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan
sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam
pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran
mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah
tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling
berkesan dalam pembelajaran