Wednesday, February 24, 2021

BICARA PROFESIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NARATIF GURU BAHARU: KESEDIAAN & HALA TUJU

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacitanya dimaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan
mengadakan webinar Bicara Profesional KPM secara dalam talian dengan tajuk
Naratif Guru Baharu
: Kesediaan & Hala Tuju. Bicara Profesional KPM ini akan
membincangkan tentang Pembangunan Profesionalisme Berterusan guru dan akan
turut menyentuh perkara berkaitan laluan kerjaya guru.


3. Sehubungan itu, Bahagian ini akan melaksanakan sesi webinar ini seperti
ketetapan berikut:

Tarikh
Masa
25 Februari 2021 (Khamis)
3.00 petang
https://bit.ly/gurubaharu

Panel 1: YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Pembangunan Profesionalisme Guru)

Panel 2: Ybrs. Dr. Hajah Roziah binti Abdullah
Pengarah
Bahagian Profesionalisme Guru

Panel 3: YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia