Saturday, February 27, 2021

Keputusan Penangguhan Pembukaan Sekolah Bagi Sekolah-Sekolah Daerah Miri Hanya Melibatkan Sekolah Berada Dalam Zon Merah Sahaja

 Salam sejahtera dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak


Kenyataan Media JPBN Bil.57-A/2021 bertarikh 26 Februari 2021 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak adalah dirujuk. 


Keputusan SDMC : Pembukaan sesi sekolah di daerah Miri dan 8 buah daerah lain adalah ditangguhkan selama dua (2) minggu berkuatkuasa 01 Mac hingga 14 Mac 2021. Keputusan penangguhan pembukaan sekolah bagi sekolah-sekolah Daerah Miri hanya melibatkan sekolah berada dalam Zon Merah sahaja.


Bagi sekolah-sekolah berada pada status Zon Kuning akan meneruskan sesi persekolahan seperti yang diumumkan dalam Sidang Media Pembukaan Sekolah KPM oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 19 Februari 2021 yang lepas.


Sehubungan itu, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi oleh semua sekolah berada pd Zon Merah :


1. Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

Oleh kerana sesi bersemuka ditangguhkan maka semua guru perlu terus melaksanakan PdPR seperti biasa.


2. Pelaksanaan Berkerja Dari Rumah (BDR)

Oleh kerana pengoperasian sekolah ditangguhkan, BDR boleh diteruskan dengan kebenaran/arahan Ketua Jabatan. 

Ketua Jabatan juga boleh memanggil guru-guru hadir ke sekolah mengikut keperluan dengan mengamalkan pematuhan SOP sentiasa dan berterusan.


3. Pemeriksaan Persediaan Pembukaan Sekolah

Jadual pemeriksaan pembukaan sekolah adalah dengan ini juga ditangguhkan, penjadualan semula akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


4. Pelaksanaan Agihan Buku Teks 

Perancangan agihan buku teks boleh diteruskan dengan mengamal dan pematuhan SOP yang ketat tanpa melibatkan murid. Hanya ibu bapa dibenar hadir ke sesi pengagihan.


"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19


Pejabat Pendidikan Daerah Miri

Tarikh Kemaskini : 27 Februari 2021 (Sabtu)


Senarai sekolah mengikut status Zon COVID-19 :


A. Zon Miri

Status COVID-19 : Zon Merah

1. SK ANCHI

2. SK MERBAU 

3. SK LUTONG 

4. SK PENDIDIKAN KHAS 

5. SK SENADIN 

6. SK KUALA BARAM 

7. SK KUALA BARAM 2 

8. SK TUDAN 

9. SK TUDAN JAYA

10. SJKC CHUNG HUA KROKOP

11. SJKC CHUNG HUA LUTONG 

12. SJKC CHUNG HUA TUDAN

13. SK AGAMA (MIS) MIRI 

14. SK SAYED OTHMAN 

15. SK JALAN BINTANG 

16. SK MIRI

17. SK PULAU MELAYU 

18. SK SOUTH 

19. SK ST COLUMBA 

20. SK ST JOSEPH 

21. SJKC CHUNG HUA MIRI 

22. SJKC CHUNG HUA PUJUT 

23. SJKC NORTH

24. SK KAMPUNG BAKAM 

25. SK KAMPUNG BERAYA 

26. SK LAMBIR VILLAGE 

27. SK KAMPUNG LUAK 

28. SK TEMENGGONG DATUK MUIP

29. SK RIAM BATU DUA 

30. SK PUJUT CONER 

31. SJKC CHUNG SAN

32. SJKC CHUNG HUA BAKAM

33. SJKC TUKAU


B. Zon Beluru

Status COVID-19 : Zon Kuning

1. SK BELURU CENTRAL 

2. SK SUNGAI BURI

3. SK SUNGAI LIAM 

4. SK LEPONG AJAI 

5. SK SUNGAI ENTULANG 

6. SK SUNGAI SELEPIN

7. SK SUNGAI BAKAS 

8. SK SUNGAI KELABIT 

9. SK SUNGAI SEPUTI

10. SK SUNGAI BIAR

11. SK SUNGAI LAONG

12. SJKC HUA KWONG