Friday, February 26, 2021

Pembukaan sesi sekolah di daerah Miri dan 8 buah daerah lain adalah ditangguhkan selama dua (2) minggu berkuatkuasa 01 Mac hingga 14 Mac 2021

 Salam sejahtera dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak


Kenyataan Media JPBN Bil.57-A/2021 bertarikh 26 Februari 2021 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak adalah dirujuk. 


Pembukaan sesi sekolah di daerah Miri dan 8 buah daerah lain adalah ditangguhkan selama dua (2) minggu berkuatkuasa 01 Mac hingga 14 Mac 2021.


Sehubungan itu, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi :


1. Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

Oleh kerana sesi bersemuka ditangguhkan maka semua guru perlu terus melaksanakan PdPR seperti biasa.


2. Pelaksanaan Berkerja Dari Rumah (BDR)

Oleh kerana pengoperasian sekolah ditangguhkan, BDR boleh diteruskan dengan kebenaran/arahan Ketua Jabatan. 

Ketua Jabatan juga boleh memanggil guru-guru hadir ke sekolah mengikut keperluan dengan mengamalkan pematuhan SOP sentiasa dan berterusan.


3. Pemeriksaan Persediaan Pembukaan Sekolah

Jadual pemeriksaan pembukaan sekolah adalah dengan ini juga ditangguhkan, penjadualan semula akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


4. Pelaksanaan Agihan Buku Teks 

Perancangan agihan buku teks boleh diteruskan dengan mengamal dan pematuhan SOP yang ketat tanpa melibatkan murid. Hanya ibu bapa dibenar hadir ke sesi pengagihan.


"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19


Pejabat Pendidikan Daerah Miri

26 Februari 2021